• Kenali Prosas Printing

    Prosas Printing didaftarkan secara rasmi pada tahun 2018 setelah 4 tahun menimba pengalaman di dalam bidang printing baju di sebuah kilang printing. Segala pengalaman yang ditimba, digunakan sepenuhnya sehingga sekarang dan penambahbaikan dari segi kualiti dan mutu servis sentiasa diutamakan. Jadi kepada bakal pelanggan kami, jangan khuatir, buat saja tempahan dengan hati yang tenang. Sales team kami sentiasa membantu dalam pemilihan baju yang sesuai mengikut budget dan majlis anda.

    Visi Kami

    Menyiapkan tempahan pelanggan mengikut tempoh masa dan budget pelanggan

    Kekuatan Kami

    Di Prosas Printing, pelanggan tidak perlu pening jika ingin membuat tempahan kerana kami ada Team sendiri bermula dari Sales,Admin, Designer, Production, dan After Sales. Setiap proses tempahan akan di update oleh staff yang berkenaan. Di bahagian production kami juga menggunakan mesen dan printer yang berkualiti dan berjenama bagi memastikan hasil tempahan sentiasa berkualiti. Jika ada kesilapan, terus saja hubungi kami, dan Staff After Sales akan memberikan cadangan penyelesaian yang terbaik untuk anda.

    Lokasi Kami

    Bagi Pelanggan yang tinggal berdekatan, boleh terus datang ke showroom kami yang terletak di Pusat Perniagaan Sungai Jelok, Kajang. Di sini anda boleh lihat material dengan lebih jelas, berbincang dengan designer berkenaan design baju, dan juga lihat sample production baju. Bagi yang jauh, jangan risau, masih boleh dapatkan khidmat Prosas Printing, hanya tekan button "Contact US'' atau tekan saja Icon Whatsapp, dan Sales team akan bantu anda di dalam proses tempahan :)